Syarikat Asziemi World Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 2011,di asaskan oleh En Mohd Fauzi Bin Mohd Sirat dan isterinya Pn Norasma Muhamad dengan modal permulaan sebanyak RM 3,500.00. Bermula dengan perniagaan pelbagai produk kesihatan,pakaian dan kecantikan secara kecil-kecilan, kini Asziemi World mengorak langkah dengan membuat pelaburan bagi mengeluarkan Teh Daun Belalai Gajah jenama Asziemi Herb's yang merupakan produk utama kami.
Perniagaan dimulakan secara kecil-kecilan dimana produk kami telah dipasarkan secara online. Setelah produk telah mula dikenali pihak Asziemi World telah mula melantik agen dan stokis untuk memasarkan produk di seluruh Malaysia.
Kami di Asziemi World percaya dengan berkongsi maklumat dalam membantu masyarakat meningkatkan kesihatan dan membuka peluang perniagaan kepada masyarakat secara jujur dan ikhlas, insyaallah mendapat keberkatan dari Allah swt yang akan sentiasa perbaiki hati kita, diri kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan dan memudahkan setiap urusan kita.
WAWASAN SYARIKAT
Tujuan utama syarikat kami ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Hasrat kami adalah untuk membantu golongan yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk lebih sihat dan dapat mejalani kehidupan harian dengan lebih sempurna. Disamping itu, kami juga ingin membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada Asziemi Herb's.
OBJEKTIF SYARIKAT
- Membantu masyarakat merawat masalah kesihatan.
- Memberikan perkhidmatan khidmat nasihat selepas jualan
- Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
- Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.
- Syarikat yang kukuh, telah beroperasi selama 3 tahun dan kini menjadi antara produk herba terlaris di pasaran
- Pelan Pemasaran yang mudah dan menarik
- Menyediakan kemudahan sistem online
- Mempunyai kilang sendiri dan menghasilkan produk yang berkualiti
- Produk pencetus fenomena dengan harga rendah kualiti berbaloi
- Komited kepada pengeluaran poduk BERSIH, SUCI dan HALAL
- Syarikat berlesen dan milik penuh Bumiputera
- Fleksibel dan mudah bertolak ansur dari aspek perniagaan