background img
asziemiherbs.com asziemiherbs.com asziemiherbs.com asziemiherbs.com asziemiherbs.com

FAQ

Soalan yang selalu diajukan oleh pelanggan:


1. Bagaimanakah rasa teh ini? Adakah ianya pahit?
Teh ini rasanya seperti ‘green tea’. Tidak pahit cuma rasa tawar sahaja.

2. Berapa uncang di dalam 1 kotak?
1 kotak mempunyai 20 uncang teh.

3. Bagaimanakah cara pengambilannya.
Bagi yang sihat – Minum 1 uncang sehari sebagai langkah pencegahan
Bagi Pesakit tidak kritikal- Minum sehari 1 uncang.
Bagi Pesakit kritikal- Dimana keadaan pesakit yg terlalu sakit sehinggakan tidak dapat bangun ataupun duduk, maka disarankan supaya minum 2 ke 3 uncang sehari
• 1 uncang boleh bancuh ulang kali sehingga hilang rasa

4. Bolehkah teh ini dicampur gula?
Teh ini tidak boleh dicampur gula atau susu kerana menjejaskan khasiatnya.

5. Adakah teh ini mendapat kelulusan KKM?
Teh ini masih dalam proses kelulusan KKM.

6. Apakah tindakbalas awal selepas pengambilan teh ini?
Tindakbalas awal tidak sama bagi setiap orang. Ia bergantung kepada jenis penyakit dan daya ketahanan badan seseorang. Antara tindakbalas awal selepas pengambilan adalah:
Pening
Kerap berpeluh
Kerap buang air
Period berpanjangan bagi yang ada masalah dalaman wanita

Kesan ini biasanya akan berlarutan selama seminggu atau lebih bergantung kepada tahap penyakit dan daya ketahanan badan seseorang.

7. Berapa lamakah kesan dapat dirasai selepas pengambilan produk?
Kesan paling cepat dapat dirasai selepas seminggu pengambilan. Ada juga yang mengambil masa bergantung kepada tahap penyakit.

8. Apakah perbezaan khasiat daun segar dan teh daun belalai gajah ini?
Mengikut kajian kami, daun segar dan teh adalah lebih kurang sama khasiatnya. Pesakit mestilah mengamalkannya secara konsisten untuk mendapat kesan yang terbaik.

9. Adakah orang yang tidak mempunyai masalah kesihatan boleh mengamalkan teh ini?
Ya, yang sihat elok amalkan sebagai langkah pencegahan.